Tuesday, November 16, 2004

 

Kasih Ufuk Rindu 2

“Sampai bila?Sampai bila kau nak macam ni Rean?”Andrizal memandang adiknya yang sedang tertawa itu.
“Apa maksud along?”dia memandang Andrizal yang tegak memandangnya.
“Iyalah,kenapa tak call Rita semalam.Along kesian tengok dia.”
“Alah long,kan along tahu.Rean tak pernah sukakan dia.Cuma mama tu yang suka kat dia.”dia tidak langsung mengendahkan kata kata Andrizal.Lucu kalau teringatkan Rita. Gadis kacukan cina itu lawa memanglah law,body pun solid.Tapi hati aku tak suka.Tak berkenan.Nak buat macamana?
“Dah tu,apa nak jawab dengan uncle Rahim tu?”dia masih tidak berpuas hati dengan sikap Andrian yang lebih banyak menghabiskan masa samada bekerja atau dengan perempuan perempuan yang tidak senonoh.
“Susah susah along ajelah yang ambil si Rita tu.Rean suka juga kalau dia jadi kakak ipar Rean.”dia masih mahu mempermainkan alongnya itu.Lagipun sekarang ni aku ada mak we cun.Mata terbayangkan Atika.Gadis seksi yang lincah yang mendekatinya kini.
“Orang cakap pasal dia,dia cakap pasal kita pula.Malas along nak layan kau lagi.”dia angkat punggung,mengalah dengan sikap Andrian yang berkepala batu itu.

“Kenapa ni ma?”Andrian menyoal ibunya,hairan melihat mamanya termenung begitu.
“Mama risaukan anak anak mama.”Datin Horsia bersuara perlahan.
“Apa yang mama nak risaukan.Along dah pun bertunang.Hilda pula kan sekarang ni belajar,tak lama lagi dapatlah mama menantu lelaki pula.”dia mengusik tanpa tahu hati ibunya.
“Mama tak bimbangkan along ataupun Hilda,cuma mama paling risaukan kau.”dia memandang tepat kewajah anak itu.Andrian memiliki sepenuhnya ciri ciri gabungan dirinya dan suami.Anak itu tinggi,berkulit putih kemerah merahan, dan matanya penuh karisma.Tak hairanlah ramai yang tertarik padanya.
“Kenapa pula ma?”dia menyoal kehairanan.
“Mama dengar desas desus macam macam tentang Rean dari kawan kawan mama.Kalau betul Rean dah ada pilihan hati,bawa pulang.Mama akan terima.”
“Ah,ma.”dia tertawa.Itu rupanya yang mengangu mama.“Ma,mereka semua tu tak layak jadi menantu mama.Sekadar teman biasa aje.Lagi pun Rean belum jumpa lagi perempun yang boleh angaukan hati Rean ni.”dia berjenaka dengan ibunya.
“Betul?”dia bertanya.Mahukan jawapan dari anak itu.Memang selama ini semua perempuan yang mendampingi anaknya itu tidak sedap mata memandang.Hati ibunya tidak langsung berkenan dengan gadis yang selalu digembar gemburkan rakan rakannya. Semuanya seksi,terbelah sana sini.Tersingkap sana,tersingkap sini.Saban malam dia dia mendoakan agar anak itu menemui seorang gadis yang suci dan luhur.Dia mahu cucu cucunya kelak mendapat didikan yang sempurna.

“Rean,jomlah.Balik rumah I ?”Atika tersenyum mengoda memandang lelaki itu.Terlalu lama dia idamkan Andrian.Siapa tak kenal anak muda itu.Orang kaya,anak datuk pulak tu.Dia seakan menang,memang rakan rakan lain pun dapat lelaki kaya,tapi semuanya yang dah nak expired.Sedangkan Andrizal punya segalanya.Kaya,tampan,kacak dan paling penting dia muda.
“No,you pun tahu kan.I tak suka semua tu.Itu prinsip I.Selagi belum ada ikatan antara kita,I takkan sesekali menyentuh you.”dia tersenyum manis.Memang itu prinsipnya.Dia tidak pernah sekali pun meneguk air haram dan juga menghampiri zina.Dia tahu,dia sedar,walaupun dia bukan seorang muslim yang baik tapi dia takutkan balasan yang dijanjikan ALLAH.Dia takut nanti tak tertanggung azabnya kelak.Walaupun sesekali tersasar juga memeluk dan mencium perempuan itu,tapi just it.Tidak lebih daripada itu. Dosa tetap dosa,dia tahu itu.Tapi keinginan hati tidak dapat dielakkan.Lagipun kadangkala tercabar juga bila kerap kali digoda begitu rupa.
“I tahu,tapi I rindukan you lah.”dia tersenyum lagi.Sengaja mengeselkan tubuhnya ketubuh lelaki itu.Begitu liat sekali dia ingin memperngaruhi Andrian.Sukar nak runtuhkan tembok yang dibina lelaki itu.Selebihnya dia sedang menjalankan jarum ingin memerangkap lelaki itu.Dia mahu Andrian berada dalam gengaman tangannya buat selama lamanya.Kekayaaan dan kemewahan yang dimiliki anak muda itu amat di idamkannya.
“Okey,honey.Dahlah tu.I pun rindukan you juga.Come,you dah mabuk ni.I hantar you balik ya.”dia memapah gadis itu.Atika tu,nama aje melayu tapi gadis itu berbangsa Kadazan.Pertama kali dia pun tidak menyangka gadis manis itu beragama kristian.
Baginya walaupun dia mengucapkan kata sayang,namun gadis itu tidak lebih seorang kawan.Tiada yang istemewa dalam perhubungan dengan gadis itu.Dia tidak pernah sekali pun mengucapakan kata kata keramat itu.Tiga perkataan yang mampu mengikat dirinya pada seseorang.I LOVE YOU.Rasanya perkataan itu terlalu mahal dan tidak sepadan dengan gadis yang begitu murah.Dia sedar selama ini Atika mengejar dirinya semata mata kerana harta kekayaan yang mengunung.Tapi dia malas nak banyak cakap,dia hanya mengikut saja rentak gadis itu.Bila bosan nanti dia akan berlalu macam angin lalu.

Andrian memandu tenang,dalam kesamaran malam dia memerhatikan jalan raya yang masih lagi sibuk walaupun hari dah masuk pukul dua pagi.Alah,apa yang nak dihariankan kat KL ni memang macam tu.Pukul dua pagi tu sama macam pukul dua petang aje.Tak ada perbezaan langsung.Tadi dia berkali kali bersyukur kerana dapat juga menolak godaan Atika.Walaupun hati kecilnya membentak mahu bersama gadis itu tapi, ditahan -nya. Dan Alhamdulillah,kini dia dalam perjalanan pulang ke Desa Rimba.Rumah mewah milik ayahnya itu sengaja diberi nama begitu.Papa dan mamanya memang sukakan alam semula jadi,malahan landskap yang cantik dibina itupun mama yang reka sendiri,dan mereka tidak menafikan kreativiti mama itu.Banglo mewah itu bagai didirikan dalam suasan alam semula jadi.Dari dalam hingga ke luar semuanya berkongsepkan alam semula jadi yang menyejukkan mata memandang.
Tiba tiba bibirnya menguntum senyum.Teringat gelagat Atika membuatkan dia tertawa sendirian.Macamana tak ketawa,gadis itu senang senang saja mempelawa dia tidur bersama sedangkan mereka kenal pun tak sampai sebulan.Sudah hilangkah nilai nilai seorang wanita padanya?Dia berfikir sendiri.Betapa mudahnya Atika mempelawa dia. Walaupun mungkin bukan seorang muslim,tapi kristian juga tidak mengalakkan hubungan begitu.Pening dia memikirkannya,adakah tiada lagi wanita yang mempertahankan kehormatan diri lagi zaman ini.Semuanya hanya mengejar wang sajakah?Dia masih ingat,dulu teman temannya juga begitu.Mira,Ida,Suraya dan entah siapa lagi.Memang namanya ayu dan lembut tapi sayang orangnya tidak seindah nama. Bukan mereka tidak cantik,malahan ada antara mereka yang menjadi rebutan.Tapi tiada yang dibanggakan dengan kecantikan luaran itu.Malahan rata rata mereka tanpa segan silu merengek minta minta.Ah,lemas kadangkala melayani mereka,tapi kadangkala timbul pula perasaan seronok.Bukan selalu orang nak bermanja,tapi tiap kali bermanja pasti beribu ringgit yang terbang dari poket seluarnya.Tapi dia tidak kisah semua itu, baginya wang ringgit langsung tidak membebankan.Dia memang sentiasa dilimpahi kemewahan.Huh…..Dia mengeluh pula kali ini.Melepaskan keluhan yang berat dan panjang.Memang dalam memilih teman hidup dia begitu teliti.Malahan dia begitu peka dengan sikap mereka.Dia pandai mengesan samada ia lakonan atau tidak.Tapi rata rata, kebanyakkannya ia hanya palsu semata mata.Entah bila akan ku temui seseorang yang tulus dan luhur mengasihi aku Tuhan?Dia tiba tiba bertanya,ingin mengadu pada Penciptanya.Andrian tidak punya jawapan,pedal minyak ditekan.Kereta mewahnya laju membelah malam yang kia larut.

In merenung rembulan,leka memerhatikan malam yang terang disinari sang bulan dan bintang.Dia berfikir fikir.Rasa rindu yang bersarang dirasakan terlalu berat.Terbayang wajah wajah yang amat dirinduinya.Mak,ayah,kak long.Haikal dan Danial.Betapa dia merindui mereka.Petang tadi dia sibuk mengemaskan barang untuk dibawa pulang kekampung. Waktu cuti sebulan yang sepatutnya dihabiskan dikampung sebelum dia memulakan praktikal tidak dapat digunakan semata mata kerana terpaksa menyiapkan projek yang tertangguh.Tapi salah aku juga kan.Itulah padahnya kalau buat kerja last minute.In tersenyum lagi mengenangkan kenangan indah bersama rakan rakan sepanjang empat tahun dia disini,memungut ilmu demi masa depannya.
“Hoi!cik kak,berangan aje kerjanya.”lamunannya terhenti bila disergah Masria.
“Kau ni,buat aku terperanjat ajelah.”dia merungut.Pura pura marah pada teman yang banyak berkongsi suka duka sewaktu disini.Asrama dan rakan rakan menjadi saksi keakraban mereka bersama.Sukar untuk memiliki teman sebaik Masria.
“Kau ni dah kenapa In?Aku tengok macam orang tak betul aje.Sekejap termenung lepas tu tersenyum sorang sorang pulak tu.”dia memandang wajah ayu didepan mata. Memerhatikan rakan itu.
“Tak ada apalah.Aku teringat dekat budak budak tu aje.Lagipun tak lama lagi kita dah nak balik kampung kan.Kau pulak nanti jarang lah dapat jumpa aku lagi.Mesti aku rindu kat kau Mas.”In memeluk teman itu.Kenangan empat tahu bersama terbayang didepan mata.Kemanisan dan kedukaan saling berganti.Yang pasti sahabat sesejati Masria sukar dicari.Satu dalam sejuta.
“Itulah,aku suruh terima aje si Qairul tu kau tak nak.”dia mengusik rakan itu.Walaupun dia sendiri diburu sebak bila mengingatkan perpisahan yang bakal mendatang.Sahabat seperti In tak mungkin akan ditemuinya lagi.
“Kau ni,balik balik Qairul.”In tertawa mendengar kata kata Masria.Teman itu begitu memahami.Malahan dialah yang banyak kali membantu dia melarikan diri dari Qairul. Bukannya dia tak sukakan Qairul tu,tapi….entahlah.Nak kata Qairul tu tak lawa.Muka dia macam Tom Cruise.Nak kata dia tu kaya ,bapak dia Tan Sri.Tapi In tak ada hati dekat dia.Lagi satu dia tak sanggup membina bahagia diatas kehancuran hati wanita lain. Lagipun tanggungjawab yang terpikul menyebabkan dia tidak mahu sebarang komitmen waktu ini.Lagipun takut nanti kalau kalau kekasih sudah didepan mata dia akan mengabaikan tanggungjawabnya.Lagipun aku muda lagilah!
“Eh In,jadi ke kau nak ke company tu esok?”
“Jadi,kenapa kau nak ikut aku ke?”dia bertanya lagi.
“Tak nak lah.Lagipun esok aku nak pergi beli barang sikit.Sorry lah aku tak dapat temankan kau.Tapi kalau lepas tu bolehlah.Kita jumpa dekat Central Market nak?”
“Boleh juga.Lagipun nanti boleh kita cari barang untuk budak berdua tu.”dia tersenyum mengingatkan Danial dan Haikal.
“So,kau nak kesana tu buat apa?Hari tu kata dah comfirmkan dia orang ambil kau praktikal kat tempat diaorang tu.”Masria mengerutkan dahi.Sehari dua lepas In merungut rungut bila diminta datang ke AnD’s Holdings.
“Entahlah,aku nak pergi buat rayuanlah.Dia orang call hari tu kata nak suruh aku datang pasal kemungkinan tak dapat beri aku praktikal kat situ.Ada kepatut,hari tu diaorang yang beri surat tawaran.Lepas tu kata tak jadi pulak.”dia mengomel bila mengenangkan panggilan telefon yang diterimannya petang kelmarin.

“Tika,you tahu tak,kalau I nak I boleh pikat sesiapa saja yang I mahu.”Andrian bersuara keras.Tidak mempedulikan kehadiran seorang wanita diantara mereka.Dia dah terlalu letih melayan kerenah Atika.
“Please,Rean.I minta maaf,memang I salah.Tapi I janji I takkan ulanginya lagi.”gadis itu masih memujuk merayu.Tangan memegang erat lengan Andrian.
“Get lost.I tak perlukan perempuan murah macam you ni you tahu tak.Ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang sudi nakkan I.You cakap bila bila saja berderet yang datang melutut pada I .”dia bersuara angkuh sengaja ingin membakar perasaan gadis yang tidak tahu malu itu.Lengannya direntap kasar.
“Please sayang,I janji takkan buat macam tu lagi.Please.”Dia masih lagi tidak mahu mengalah.
“Dengan I,you kata sayang .Dengan lelaki lain apa pulak you cakap.It is finish Tika. Come on,say good bye to me,Tika.Lagi pun pada I selama ni kita tak ada apa apa.I anggap you tak lebih sebagai seorang kawan.Lagipun cuba you fikir,tak pernah sekali pun I say that, I love you,kan?”dia memandang sinis Atika yang menahan hati didepannya.
“Apa you ingat senang senang aje I akan lepaskan you?I akan pastikan you jadi milik I Rean.I takkan lepaskan you dengan begitu mudah.”gadis itu membentak.Dia keluar sebaik saja pintu lif terbuka.
“Perempuan semua sama.Murahan.”dia merengus kasar.
“I beg your pardon?”gadis itu menegurnya.
Andrian mengangkat muka memandang tuan empunya suara.Mata tertumpu pada seraut wajah yang ayu.Dia memandang gadis yang kelihatan manis bertudung itu.
“Awak tak dengar ke apa yang saya kata?”dia membentak marah.Sibuk aje masuk campur hal orang.
“Tak semua perempuan macam tu.”gadis itu menjawab perlahan.
“Oh,ye ke.Tapi setakat ni saya belum jumpa lagi.Yang saya jumpa perempuanperempuan murahan yang nakkan duit saya.”dia merengus kasar.
“Jangan menunding pada orang lain.Tengok sendiri kesalahan awak.Kalau awak tak bongkak dan angkuh dengan duit ringgit awak tak adalah awak tertipu.”gadis itu bersuara lembut.Tidak bermaksud untuk campur tangan tapi kata kata Andrian begitu menyakitkan telinga mendengarnya.
“Awak kata saya bongkak.Dah tu memang betul.Semua perempuan hanya nakkan duit saya aje.Bila saya tabur duit semua datang sujud dikaki saya,awak tahu tak.”Egonya tercabar mendengar kata kata lembut itu.Walaupun hati mengakui kebenarannya tapi dia menahannya.Kalau aku tak bawa kereta besar tentu tak ada orang yang nak!
“Awak memang angkuh.Tapi satu hari nanti awak akan bertemu buku dengan ruas.Awak akan jumpa perempuan yang akan tundukkan awak.Awak akan kalah dengan cinta sejati.”Andrian terpaku mendengar kata kata gadis itu.Dia memerhatikan langkah gadis itu yang diatur perlahan.Dia berdebar debar.Aku akan tunduk dengan cinta sejati?!

“Ala..mak nanti In baliklah.Lagipun tak lama lagi cuti.Tinggal tiga hari aje lagi nanti In baliklah rumah.”dia bersuara perlahan.Membelek belek buah tangan yang bakal dibawa pulang.
“Mak ni bukan apa,lagipun bukan selalu mak long kamu buat kerja kawin.Nanti kalau kamu tak balik,kecil pula hati dia.”Puan Zainon tersenyum mendengar kata kata anaknya itu.
“Okeylah,nanti In balik.Tapi In sampai lewat sikit lah mak.Tiket habis,malam nikah tu nanti baru In sampai.”dia memberitahu,bukan niatnya nak balik lewat tapi tiket yang sepatutnya ditempah awal awal telah kehabisan.
“Lagi satu jangan lupa bawa balik buah tangan untuk Fidah tu.”dia mengingatkan In. In menganggukan kepala.Mengingati pesanan ibunya.Memang dia tahu mak nya itu suka berleter,namun tanpa leteran itu dia kerinduan.Dia mematikan talian telefon bimbit.Tersenyum seketika mengingatkan wajah Puan Zainon yang penuh sifat keibuan.

“Pe hal ni?”Andrizal menegur adiknya itu.Sejak dua tiga hari ni kelihatan selalu sangat Andrian bermenung.
“Tak ada apa apa lah long.Bila along masuk ni?”dia bertanya,memandang abang yang tua dua tahun darinya itu.Mata mengekori langkah abang yang duduk disebelahnya itu.
“Dah lama dah.Kenapa ni?Masih ingatkan Tika ke?”dia meneka.Manalah tahu serkap jarangnya mengena.
“Tika?”dia menyoal sinis.“Rean tak heranlah kalau setakat perempuan macam tu.”dia bersuara.Jengkel bila hal Tika dibangkitkan.Rasa menyampah dan bencinya membuak buak.
“Dah tu apa yang menganggu fikiran kau ni?”Andrizal bertanya,masih berminat ingin mengetahui masalah yang melanda adiknya itu.
“Tak ada apa apalah long.”dia mengelak.Sedangkan fikirannya masih berfikir fikir kata kata seseorang yang begitu meninggalkan kesan yang mendalam padanya.Betapa hebatnya penangan itu hingga dia mamai dua tiga hari.
“Kalau macam tu tak apalah.Kau dah kemas barang ke?Kata nak balik kampung pak uda. Kan anak dia nak kawin hunjung minggu nanti.”dia bertanya pula.Bukan apa sekadar mengingatkan.Lagipun mereka tak pernah kekampung sebelah isteri pak uda mereka. Selalu nya mereka berkunjung kerumah pak uda mereka yang tidak jauh dari rumah mereka.Rasa exited pula rasanya nak cuba cara hidup dikampung.Sementelah mereka tidak pernah punya kampung halaman.Papa yang memang anak jati Kuala Lumpur dah tentu tidak mempunyai sedara mara dikampung.Mama pula yang berasal dari London tentu jauh sekali untuk membuatkan mereka merasa pengalaman hidup dikampung. Sesekali mencuba tentu seronok.Selama ni dia hanya mendengar cerita kawan kawan saja tentang keindahan kampung dengan sawah padi yang merimbun dan ikan ikan air tawar yang banyak didapati dimana mana tali air.
“Dah,siang siang lagi dah kemas.Lagipun Rean tak sabar nak kenal kampung pak uda tu. Satu lagi dengar dengar minah dekat sana tu cun cun.Tak macam perempuan KL ni yang tebal dengan make up aje.”dia tersenyum.Namun mata terbayangkan wajah seseorang.
Dia tersentak sendirian.Kebingungan.Dah kenapa dengan aku ni?Dia tertanya sendirian.
Membiarkan Andrizal tertawa sendiri.Dia masih dialamnya sendiri.

“In,ingat nanti bila kau praktikal tu janga lupa jenguk kita orang tau.”Masria memeluk rakan itu.Sedih kerana terpaksa berpisah dengan sahabat sebaik Intan Xarfisda.
“Yelah,aku pun nanti akan rindu pada kau.”dia membalas pelukan hangat rakan itu.
“Jangan lupakan aku ya.”
“Memang aku takkan lupa rakan sebaik kau Mas.Tapi kau praktikal jauh sangat lah.Tak larat aku nak ke Perlis tu.”dia mengusik.Tahu sangat Masria memang menantikan masa untuk berada dekat dengan ibu bapanya.Lagipun dah terlalu lama rasanya mereka di kota besar itu.Cuma dia yang akan pulang semula kekota besar itu.Bukan dia tak mahu pulang kepangkuan ibunya tapi didikan yang diterapkan padanya sejak kecil supaya berdikari dan jangan bergantung pada orang lain telah menyebabkan dia disini.Ingin merasai cabaran kota besar itu.Dia sukakan cabaran itu.Cabaran yang kadangkala menjatuhkan insan insan sepertinya.Namun dia pasti cabaran itu pasti akan dapat ditempuhinya.Seperti kata arwah ayah,In anak ayah yang tabah dan kuat.Dia tersenyum mengingatkan kenangan manis bersama satu satu ayah yang amat disayanginya.
Mereka berpisah disitu.Masing masing menaiki bas yang menuju kedestinasinya.Rasa rindu In berputik semula.Terbayang wajah tua ibunya.Kerinduan pada anak anak buah begitu mekar.Dia rindukan tangisan manja mereka.Dia rindukan ciuman hangat mereka. Selebihnya dia rindukan arwah kakaknya.Ah…bila mengenangkan kak long yang pergi terlalu awal dia dirundung kesedihan.Kakaknya Iyah Darwisya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan sewaktu mereka pulang untuk berhari raya dikampung. Suaminya Tengku Haris turut sama terkorban.Cuma sepasang cahaya mata mereka yang terselamat dari kejadian itu.Danial dan Haikal.Pasangan kembar itu kini tinggal bersama ibunya.Ah sekurang kurang nya dapat juga mak hilangkan kesunyian.Dia memujuk diri sendiri.Air mata yang mengalir diseka perlahan.

“Macamana?Cantik tak kampung kita orang ni?”Zaidi bertanya pada sepupu sepupunya itu.Sejak kecil lagi mereka memang rapat,namun Andrian dan Andrizal masih tidak berpeluang berkunjung kekampung halaman ibunya itu.
“Cantik!Tapikan rugilah,aku tak bawa videocamera kalau tak boleh rakam macamana orang kampung buat kenduri.”Andrizal mengeluh kesal.Andrian pula mengangguk perlahan.
“Alah,along tu kan,bukan apa dia nak ambil gambar anak dara kat kampung ni.” Andrihilda mengusik abang sulong nya itu.Selaku satu satunya adik perempuan dalam keluarganya dia begitu disayangi abang abangnya.
“Pandailah kamu tu.”mereka tertawa riang.
“Apa yang suka sangat tu?Pergilah tolong orang dibawah tu.”Suara Datuk Andikairul bergema,menegur sikap anak anak bujangnya itu.
“Baik pa.”mereka turun membantu mereka yang sedang sibuk melapah dua ekor lembu yang tumbang pagi tadi.Andrian duduk bersebelahan dengan Zaidi sementara itu Andrizal pula sibuk membantu mengangkat daging yang bergelimpangan.Lagu lagu jiwang bergema kesegenap penjuru.Menambahkan lagi suasana yang meriah.Orang orang tua yang sama sama bergotong royong kelihatan begitu gembira.Keikhlasan terpancar diwajah masing masing.
“Uncle,uncle.”panggilan kanak kanak itu menarik perhatian Andrian.Dua orang kanak kanak berlari mendapatkan Zaidi.
“Hei,bila datang ni?”dia meletakkan pisau ditangan.Mencangking kedua dua kanak kanak itu.Meletakkan berdekatannya.
“Tu,datang dengan nenek.”Danial pantas menunjuk kearah Puan Zainon yang terkedek kedek berjalan kedapur.
“Oh,mama In mana?Dia tak datang sama ke?”Zaidi membuka bicara.Bertanya mengenai gadis yang dipuja dalam diam.
“Mama In belum balik.Tapi tadi mama In call dia kata nanti bila sampai dia datang sini.” Haikal pula menjawab pertanyaan Zaidi itu.
“Ikal!Danny!”Puan Zainon memanggil cucunya itu dari dapur.“Mari minum cu.”dia memanggil kedua dua cucunya itu.Tadi nak diberi makan dirumah katanya nak makan di rumah nek long.
“Ikal nak tunggu mama In.”petah Haikal bersuara.
“Danny pun.”
“Marilah cu.Tadi kata nak makan kat rumah nek long.”Puan Zainon mendekati sepasang kembar itu.
“Karang lah nek.Tunggu mama In balik.”
“Mama In balik lewat.Nanti kamu lapar.”dia memujuk lagi.Tahu sangat sikap kedua beradik itu yang degil.
“Em,tadi kan Ikal dengan Danny dah janji nak makan rumah uncle kan.”Zaidi bersuara memandang kedua beradik itu.
“Tapi Ikal dengan Danny nak tunggu mama In.”Danial lancar bersuara.Memandang Zaidi meminta simpati.
“Mama In balik lambat lagi.Makan dulu ya.Nanti kalau mama In tahu Ikal dengan Danny tak makan nanti mama In marah.Ikal nak mama In marah tak?”dia bermain psikologi. Pantas Haikal mengelengkan kepala.Dia tersenyum dan kemudian memandang Danial.
“Kalau macam tu mari ikut nenek.”Puan Zainon memimpin tangan kedua mereka.
“Itulah degil sangat budak berdua ni Zaidi.Puas mak usu pujuk.Nak dengan kamu aje.” dia mengelengkan kepala mengenangkan kenakalan kedua cucucnya itu.Puan Zainon berlalu bersama pasangan kembar itu.
“Anak siapa tu?Bukan main manja lagi dengan kau?”Andrian bertanya.
“Oh,anak cousin aku.”perlahan dia bersuara.Tangan mencapai kembali pisau. Menyambung kerja yang tertangguh.
“Kenapa panggil mak dia orang macam tu.Panggil mama aje kan senang?”dia bertanya lagi.Ingin tahu rahsia disebalik panggilan unik itu.
Zaidi terkejut mendengar pertanyaan yang tidak disangka itu.Dia seolah bermenung.
“Maaf,kalau aku tersilap cakap.”Andrian yang menyedari perubahan mendadak Zaidi itu bertanya.Takut takut kalau dia tersilap cakap.
“Tak ada apa yang nak dimaafkan.Kisah dah lepas.”dia menguntum senyuman buat sepupu itu.
“Oh,kau melepaslah ni ya.Dia kawin dengan orang lain?”dia bertanya,mengusik sepupu itu.
“Tak ada.In tu belum kawin.”dia bersuara mendatar.
“Belum kawin?Budak budak tu?”Andrian bertanya perlahan.Fikiran mula menyangka yang bukan bukan.Takkan Zaidi berkenan dengan perempuan sebarangan.Risau pula dia memikirkan kisah sepupu itu.
“Anak kakak dia.Dia jaga budak budak tu sejak mereka masih kecil lagi.”
“Oh,jadi mak diaorang tu dah meninggal?”
“Mmm,mereka suami isteri kemalangan,meninggal di tempat kejadian.In jaga budak budak tu sejak mereka masih berusia setahun lagi.”
“Kau sukakan dia?”Andrian bertanya.Tertarik dengan kisah rakan itu.
“Dia tu sepupu aku.Lagipun dia belajar lagi?”dia menguntum senyum.Hati tenang bila mengingatkan gurau senda gadis itu.
“Belajar lagi?Berapa umur dia yang sebenarnya?Budak budak tu pun aku rasa dah lima enam tahun kan?”Andrian mengerutkan dahi memandang rakan itu.
“Enam tahun.In tu baru dua puluh tiga tahun.Dia dah jaga budak budak tu sejak dia tingkatan empat lagi.Dah jadi macam anak anak dia sendiri.Tiap minggu dia balik dari KL tu.Cuma sejak kebelakangan ni dia sibuk sikit.Tak dapatlah balik selalu.Tu yang budak budak tu rindu sangat dekat dia tu.”jelas Zaidi tanpa berselindung.
“Mak oii,mudanya.”dia berfikir sejenak.Ingin rasanya mengenali gadis itu.Tertarik dengan cerita Zaidi.Ingin mengenali gadis unik itu.Masih ada lagi rupanya gadis yang baik begitu.
“Cantikkah?”dia menduga lagi.
“Tak tahulah pada kau.Tapi bagi aku In lambang utuh gadis Melayu.Lagi pun kau kan biasa dengan gadis gadis KL kan.Mungkin tanggapan kau pada dia berbeza daripada apa yang aku rasakan.”Zaidi menguntum senyuman lagi.
“Dah tu kau pun samakan.Kau pun tinggal disana.”gumam Andrian.Tidak senang bila Zaidi berkata begitu,walaupun dia tinggal di sana tapi tak bermakna dia jenis yang lepas laku.Dia masih kenal baik buruk.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?